Yusri Che Lah Memang Seorang Yang Tak Berkira
Liga Super
Perak Football Club
Advertisements

Pengendali sementara Perak FC, Yusri Che Lah sememangnya terkenal dengan kesungguhan beliau dalam memberikan arahan di tepi padang. Namun CEO Perak FC, Bobie Farid Shamsudin berkongsi apa yang lebih menarik mengenai sosok seorang Yusri Che Lah.

Dalam satu muat naik status di laman Facebook, TBG Super Fan, Bobie berkongsi bahawa sepanjang bekerjasama dengan Yusri, beliau yakin dan pasti Yusri sememangnya seorang individu yang tidak berkira dalam menjalankan tugas.

Ini kerana, banyak kerja-kerja Yusri bersama pasukan kejurulatihan dibuat percuma tanpa sebarang bayaran. Segalanya atas usaha mereka sendiri.

Advertisements

“Semua kerja-kerja YCL (Yusri Che Lah) untuk PFC (Perak FC) tak perlu saya dedahkan namun sepanjang saya dengan beliau, saya boleh pastikan 100% dia jenis tak berkira dan banyak benda yang dia buat percuma atas usaha beliau dengan coaching staff,” luah Bobie dalam status Facebook, TBG Super Fan.

Untuk rekod, Yusri Che Lah dilantik sebagai jurulatih sementara bagi menggantikan jurulatih terdahulu iaitu Datuk Lim Teong Kim. Keputusan dibuat oleh pihak pengurusan selepas melihat prestasi pasukan pada ketika itu agak terumbang-ambing.

Perak kini berada di tangga ke-11 Liga Super dengan hanya mengumpul 10 mata daripada 16 perlawanan yang diharungi. Mereka akan bertandang ke Kuching bagi aksi Liga Super menentang Kuching City pada 16 Julai ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram