Yusri Che Lah: Saya Suruh Sunday Menari
Dunia
Perak FC / MFL
Advertisements

Disebalik kemenangan Perak FC menewaskan Kelantan FC semalam, bermacam-macam drama dan insiden yang berlaku di atas padang mahupun di luar padang.

Antara yang menarik perhatian warga maya adalah tarian kontroversi yang dilakukan oleh pemain import Perak FC, Sunday Kolawole Afolabi pada penghujung perlawanan.

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mendedahkan bahawa tarian yang dilakukan oleh Sunday itu adalah arahan daripada beliau sendiri.

Advertisements

“Saya memang suruh Sunday naik menari. Saya pi bisik kat dia. Orang lain tak tau tapi aku tau, apa hang buat dan aku nak hang buat teruih (terus) macam tu.

“Saya ada tampar Sunday dan kalau dia kena kad merah, kita tetap akan menang. Bukan takbur tapi saya rasa lawan tertekan dengan keinginan yang melampau.

“Jadi kami pun tertekan sebenarnya minit pertama kami kena, tapi itulah bola sepak. Pemain bermain dengan hati berbeza, bukan dipaksa, disuruh tapi dengan keazaman.

Advertisements

“Insha Allah kami akan lebih erat dan lebih berdaya saing di masa akan datang,” katanya kepada Flash Sukan dalam sidang media selepas perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram