Asia
Advertisements

Zafuan Azeman yang kini berkelana di Liga Thai divisyen 3, Ang Thong FC menyeru pemain tempatan agar berkelana di luar negara untuk mencari lebih banyak pengalaman.

“Saya sanggup pergi jauh dari keselesaan dan negara saya sendiri untuk mencari lebih banyak pengalaman pada usia muda.”

“Thailand menjadi destinasi pilihan kerana bola sepak di sini sangat kompetitif walaupun saya bermain di devisyen 3.” Jelas Zafuan ketika dihubungi MakanBola.

Advertisements

Ketika ditanya berkenaan usaha Teerasil yang ingin lebih ramai pemain Thailand bermain di Jepun, beliau mempunyai pendapat yang sama.

“Apa yang Teerasil cakapkan itu memang betul. Sebelum ingin berkelana ke eropah, ada baiknya pemain bermain di liga tertinggi Asia terlebih dahulu seperti Jepun dan Korea.”

“Di Jepun lebih ramai pemerhati bola sepak dari Eropah hadir dan ia adalah satu peluang dan pintu untuk bermain di Eropah.”

Advertisements

“Saya ingin bermula dari bawah kerana saya masih muda. Saya ingin minit perlawanan yang cukup untuk bersaing dengan pemain import yang lain.”

“Mereka (pemain import) mempunyai kelebihan fizikal dan minit perlawanan yang cukup sedangkan kebanyakan penyerang tempatan kurang menerima minit perlawanan. Hal ini yang saya ingin perjuangkan untuk diri saya sendiri agar dapat menandingi mereka.”

83688213 2569101203219419 9097290656245612544 n Zafuan Seru Pemain Tempatan Berkelana Ke Luar Negara
Zafuan beraksi cemerlang bersama Ang Thong ketika perlawanan pra-musim.

“Saya menyasarkan untuk bermain di Thailand untuk sekurang-kurangnya 3 tahun lagi. Saya ingin pasukan ini naik ke devisyen 2 dan 1 dan dari situ saingan akan lebih kompetitif.”

Advertisements

Zafuan juga masih menyimpan hasrat untuk bermain buat pasukan negara.

“Saya tidak kisah untuk bermula dari bawah. Kecerdasan saya kini pada tahap maksimum dan saya berusaha untuk membuktikan kebolehan saya untuk kembali bermain bersama pasukan kebangsaan.”

“Jika diberikan peluang sudah tentu saya ingin bermain bersama mereka (skuad kebangsaan), namun sekarang saya ingin fokus membina keyakinan dan memperoleh pengalaman sebanyak mungkin di sini.”

Advertisements

Ang Thong FC akan bertemu Chachoengsao Hi-tek Sabtu ini ditempat lawan untuk saingan pertama Liga Thai 3.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram