Zahid Hamidi Cadang Penaja Sukan Diberikan Potongan Cukai
MakanBola
Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan penaja sukan diberi potongan cukai.

Perkara ini dinyatakan beliau semasa berucap berucap pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100 PLUS 2023 yang diadakan baru-baru ini.

Ad

Gagasan itu dibuat beliau kerana ini bukan saja menggalakkan syarikat-syarikat korporat untuk membuat pelaburan dalam bidang sukan terutama sebagai penganjur kejohanan.

Ad

Malah, ini secara tidak langsung akan mengurangkan kebergantungan dan beban kerajaan dari segi kewangan.

Ini juga selaras dengan agenda kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sukan. Justeru, kecemerlangan sukan negara terutama di peringkat antarabangsa merupakan tanggungjawab semua pihak.

Ad

“Ini adalah bagi menarik penajaan yang berterusan dan secara tidak langsung ia juga akan mengurangkan kebergantungan dan beban dana kerajaan.

Ad

“Malaysia sebagai negara sukan harus menjalin hubungan yang baik (dengan semua pemegang taruh) agar kita akan dapat merealisasikan matlamat kerajaan supaya negara berada di barisan hadapan dalam bidang sukan. Kecemerlangan sukan negara adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Ad

Sebelum ini, potongan cukai sebanyak 10% diberi kepada individu atau badan korporat yang menyumbang kepada kemajuan sukan.

Pelepasan cukai khusus turut diberi untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000 dan akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.

Dua inisiatif itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada tahun lepas.