Zainal Abidin: Ini Contoh Yang Patut Dipelajari
MakanBola
IFC/JST
Sponsors

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan berharap insiden kad merah yang menimpa Sergio Aguero baru-baru ini menjadi pengajaran buat semua pemain.

Pemain tengah Sri Pahang itu bernasib malang apabila diarah keluar padang dalam aksi final Unifi Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ad

Ini selepas Aguero dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-34 oleh pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali.

Ad

Situasi ini menyebabkan Sri Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain untuk baki perlawanan akhir. Zainal menyifatkan situasi itu tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi dengan Aguero sudah mengutip kad kuning terlebih dahulu.

“Selepas Aguero menerima kad kuning yang pertama, dia membuat satu lagi kesalahan. Satu kesalahan itu dia patut bersyukur Razlan tak bagi kad terus,” katanya semasa menjadi panel Nindia.

Ad

“Dia membuat kesalahan di depan pengadil dengan menerjah Heberty (Fernandes), dia terlepas dan dia tak diberi amaran. Pengadil cuba tunjuk sedikit (toleransi).

Ad

“Perbuatan dia yang kedua itu tanpa bola yang menyebabkan beliau mendapat kad kuning kedua dan seterusnya kad merah. Inilah (situasi) yang menyebabkan terjejas taktikal pasukan Pahang.”

Ad

Situasi Aguero turut mengingatkan Zainal kepada senario sama yang dihadapi beliau dalam final Unifi Piala Malaysia edisi 2014.

Final tersebut menyaksikan pemain pertahanan Sri Pahang, Saiful Nizam Miswan diarah keluar padang pada minit ke-70.

“Ini satu contoh pemain-pemain patut pelajari. Saya rasa saya pernah kena pada 2014 apabila Poyeng (Saiful Nizam Miswan) dikenakan kad merah.

“Sekali lagi, ini benda yang tak diperlukan bila dapat kad merah, meninggalkan 10 kawan-kawan kita yang bermain di satu tahap yang tinggi seperti aksi final,” ujarnya.

Lawan Sri Pahang, JDT juga mengalami nasib sama pada separuh masa kedua. Ini selepas Park Jun-heong diarah keluar padang oleh Razlan selepas mengutip kad kuning kedua.

Aksi final Unifi Piala Malaysia menyaksikan JDT muncul juara dengan meraih kemenangan 2-1.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments