Bekas ketua jurulatih Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan memberitahu bahawa hanya ada dua sahaja formula yang boleh menghentikan dominasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini.
Seperti yang sedia maklum, anak didik Tano Solari masih tidak dapat ditandingi apabila mencatat kemenangan ke-4 bertutut-turut musim ini.
Terbaru, mereka berjaya menewaskan The Red Warriors dengan keputusan 5-1 di halaman sendiri.
Mengulas lanjut kepada Astro Arena, beliau berpendapat hanya ada dua sahaja cara untuk mengekang kemaraan JDT pada musim ini.
“Saya tak nafikan JDT mempunyai pasukan yang sempurna, setiap posisi ada pemain yang berkualiti.”
“Tetapi bagi pasukan yang bertemu JDT, mereka perlu meningkatkan disiplin ketika bertahan.”
“Mereka juga boleh melakukan serangan balas pantas ketika menentang JDT kerana setiap peluang yang dimiliki itu dikira.”
Zainal sedar apabila bertemu pasukan sehebat JDT, pasukan lawan tidak akan memiliki peluang yang banyak.
“Kedua adakah fokus kepada bertahan secara berpasukan. JDT akan sentiasa mengambil peluang, mungkin kali ini satu peluang mereka tidak berjaya tetapi akan datang satu peluang mereka dapat,” jelasnya kepada Astro Arena.
JDT akan berdepan ujian hebat apabila bertemu Selangor minggu hadapan dalam misi mengekalkan rekod cemerlang di Liga Super.