Zainal Abidin Ramal  Nafuzi Zain Ada Formula Berdepan JDT
Liga Super
Astro Arena
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan menjangkakan Kedah Darul Aman mempunyai percaturan tersendiri bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Aksi penting ini bakal berlangsung di gelanggang keramat skuad Harimau Selatan dalam misi memberi tentangan sengit kepada juara bertahan Liga Super tersebut.

Mengulas lanjut, pengendali berusia 60 tahun itu percaya barisan kejurulatihan Sang Kenari sudah pun membuat analisis terhadap kekuatan dan kelemahan lawan.

Advertisements

“Nafuzi Zain perlu membuat penelitian terhadap taktikal JDT beraksi di gelanggang sendiri. Moral mereka berada dalam keadaan baik setelah menewaskan Penang 1-0 .”

“Saya yakin Kedah mampu memberi saingan yang baik namun setiap pemain perlulah peranan yang baik kerana setiap individu dalam pasukan JDT merupakan ancaman buat Kedah,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Zainal juga yakin setiap pasukan yang bertandang ke gelanggang keramat JDT sudah tentu memperoleh peluang yang lebih sedikit untuk menjaringkan gol.

Oleh itu, setiap peluang yang terhidang perlulah dimanfaatkan oleh pasukan lawan bagi mencuri tiga mata penuh.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram