Zamsaham Jadikan TMJ Sebagai Contoh “Pengurus Dana” Yang Betul
MakanBola
JOHOR Southern Tigers
Sponsors

Pemilik Kelantan FC, Nurizam Tukiman menganggap bahawa pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Idris merupakan contoh terbaik dalam menguruskan dana bagi sesebuah kelab bola sepak.

Nurizam Tukiman yang lebih dikenali sebagai Zamsaham berpendapat tidak semua orang boleh memberi kesan yang positif dalam pembangunan sebuah kelab walaupun seseorang itu ‘kaya’.

Ad

“Kalau cakap ada duit, ramai sahaja orang yang ada duit banyak tapi tiada kesan pembangunan atau kebaikan.”

Ad

Tambah Zamsaham, pengurusan dana sistematik serta pelan tindakan yang sempurna mampu membina sebuah kelab yang kukuh dalam jangka masa panjang.

Zamsaham berharap lebih ramai orang dapat mencontohi cara pengurusan yang telah dilakukan oleh TMJ bersama JDT di masa akan datang.

Ad

“Duit + tindakan barulah betul. Ini yg dah dibuat. Mudahan kita ambik contoh yg baik bersama.” jelas Zamsaham dalam laman Facebooknya.

Ad

Sudah jelas terbukti dengan apa yang telah dilakukan oleh Tunku Ismail Idris dalam menguruskan pasukan Johor Darul Ta’zim pernah berada di kedudukan terbaik dalam Asia dengan kejuaraan dalam Piala AFC dan penyertaan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Ad