Zamsaham: Saya Boleh Urus Kelantan Sendiri
MakanBola
TRW Kelantan FC
Sponsors

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham melaungkan keyakinan untuk terus memacu cabaran pasukannya di Liga Super.

The Red Warriors kini dalam proses untuk menyelesaikan pelbagai su yang melanda pasukan dan mendapat beberapa perkhabaran baik sejak akhir-akhir ini.

Ad
Sponsors

Beliau terus menyatakan keyakinan untuk terus melihat kemajuan pasukan ini di bawah pimpinannya.

Ad

Menerusi satu perkongsian oleh Astro Arena, Zamsaham memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang dalam proses untuk mendaftar pemain baharu bagi jendela perpindahan kedua.

“Pihak saya sedang mendaftar pemain sejak semalam dan insyaAllah akan ada pemain baru seperti Nathanael Siringoringo akan bersama dengan kita dan juga bekas pemain akademi Malaga di Sepanyol.”

Ad

Kelantan juga difahamkan akan membawa masuk 4 pemain import baharu bagi memantapkan lagi pasukan untuk terus mengejar kedudukan ‘top 8’ Liga Super.

Ad

Zamsham juga bersedia untuk mempertimbangkan tawaran jika ada pihak yang bersungguh-sungguh mahu mendapatkan pasukannya. Zamsaham turut menyatakan RM5 juta sebagai nilai minimum untuk pasukan tersebut diambil alih.

Ad

“Kita tidak ada apa-apa bebanan, cumanya kita nak pastikan kelab ini lebih ke depan, lebih maju dan sebagainya. Jadi, saya rasa boleh kendalikan kelab ini sebenarnya.”

“Cuma kalau ada yang bersungguh, kenalah letak nilai yang bertepatan. Tapi kalau nilai itu di bawah RM5 juta, saya takkan lepaskan dan saya rasa itu bukan nilai Kelantan yang sebenar,” katanya ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Muiz Aziz.

Beliau juga amat yakin untuk memacu Kelantan ke tahap lebih baik pada masa akan datang.

“Saya yakin dapat urus kelab ini sendiri tetapi jika ada yang berminat bolehlah mengemukakan tawaran yang selayaknya,” ujarnya.