Zaquan Adha Cadang Pemain Muda Berkelana Di Luar Negara
MakanBola
Astro Arena
Sponsors

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak berharap lebih ramai pemain muda negara berkelana di negara asing.

Zaquan berpandangan sedemikian selepas melihat barisan Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam saingan Kejuaraan ASEAN B-19 2024.

Ad

Menariknya, salah seorang anak buah Juan Torres Garrido iaitu Muhammad Abu Khalil menjadi pemain Malaysia terbaru berkelana di luar negara. Pemain tengah muda Selangor FC itu menerima tawaran beraksi secara pinjaman untuk kelab J3 League, FC Osaka.

Ad

Beliau menyertai dua lagi pemain Malaysia, Dion Cools dan Luqman Hakim Shamsudin yang memilih beraksi untuk kelab asing.

Zaquan melihat pemain muda sepatutnya didedahkan dengan pengalaman beraksi di luar negara. Ini kerana tidak seperti pemain senior, mereka belum lagi menggalas tanggungjawab terutama kepada keluarga.

Ad

Selain itu, ini juga peluang buat mereka untuk menimba ilmu dan pengalaman agar menjadi pemain yang lebih bagus. Pendedahan ini akan menguntungkan skuad negara untuk jangka masa panjang.

Ad

“Kalau tanya saya (sebab) saya pun ada anak dan kita lihat pembangunan akar umbi, memang banyak kejohanan yang dihadapi. Saya rasa kita perlu adakan satu idea macam mana nak menjaga pemain-pemain ini. Seperti sebelum ini, kita pernah ada program Harimau Muda.

Ad

“Tapi tolonglah saya rasa sebagai peminat kepada adik-adik, mereka tiada tanggungjawab lagi seperti (pemain) senior. Mereka tiada tanggungjawab keluarga, mereka tiada tanggungjawab yang perlu difikirkan.

“Inilah masanya untuk mereka berkelana (di luar negara dan) mencari sesuatu yang boleh memberi nilai kepada mereka pada masa hadapan. Jika ada ruang (dan) peluang beraksi di luar (dan) menimba ilmu, mereka perlu pergi,” katanya semasa menjadi panel Nindia di Astro Arena baru-baru ini.

Malaysia B-19 layak ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan C selepas seri 1-1 dengan Thailand B-19. Pasukan itu akan berentap dengan Indonesia di peringkat separuh akhir pada 27 Julai ini.