Zaquan Adha Mahu Bergandingan Semula Dengan Aidil Zafuan
Transfer
FA Malaysia
Advertisements

Zaquan Adha menyatakan hasrat beliau untuk bergandingan semula bersama kembarnya, Aidil Zafuan sebelum bersara daripada arena bola sepak.

“Memang menjadi impian saya namun hala tuju Aidil dan saya ketika ini berbeza kerana kami mempunyai pilihan tersendiri.”

“Kami bermain bola daripada mulanya bersama dan kalau boleh saya mahu mengakhirinya bersama-sama juga.” ujar Zaquan sewaktu ditemu bual Astro Arena.

Advertisements

“Semoga berjaya buat Aidil dan saya amat menyanjungi beliau selaku pemain yang telah banyak memenangi piala.” tambahnya.

Aidil dikhabarkan tidak akan bersama JDT untuk musim hadapan sekali gus membuka peluang buat kedua-dua pemain ini kembali bergandingan.

Aidil Zafuan dan Zaquan Adha sama-sama memulakan karier bola sepak untuk pasukan Negeri Sembilan dan turut sempat bersama-sama bermain untuk JDT pada tahun 2013 sebelum mengikuti haluan masing-masing.

Advertisements

Zaquan ketika ini masih menunggu tawaran kontrak lanjutan bersama Negeri Sembilan setelah musim 2023 baru sahaja melabuhkan tirainya.

Kembar yang kini berusia 36 tahun ini semakin dipenghujung karier dan berkeinginan untuk menamatkan karier bola sepak mereka dalam pasukan yang sama.

Aidil Zafuan kini merupakan pemain paling berjaya dalam sejarah liga Malaysia apabila telah merangkul 25 piala sewaktu bersama JDT dan 4 piala ketika bersama Negeri Sembilan.

Advertisements

Walaupun mereka pasangan kembar, namun kedua-dua pemain ini bermain diposisi yang berbeza dimana Zaquan Adha merupakan seorang penyerang manakala Aidil Zafuan pula bermain sebagai pertahanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram