Zaquan Adha Sedia Galas Peranan Sebagai Jurulatih
Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak mengakui sudah bersedia menggalas peranan sebagai jurulatih.

Ini kerana Zaquan melihat menerusi peranan tersebut, beliau dapat kekal aktif dalam dunia bola sepak tanah air.

Atas sebab itu, bekas penyerang Negeri Sembilan FC itu bersedia menilai tawaran yang membantunya bergelar jurulatih sambil menggalas peranan sebagai pakar bola sepak (football pundit) di Astro Arena.

Advertisements

“Perancangan saya kalau boleh tak nak hilang dalam radar bola sepak. Kalau tak bermain sekalipun, sekurang-kurangnya saya masih ada dalam radar bola sepak.

“Peminat masih tahu lagi bahawa Zaquan masih ada dalam dunia bola sepak. Dan pada masa yang sama, saya akan bermula jadi jurulatih.

“Sebab bila sudah jadi jurulatih, akan ada label (lesen) A, B dan C. Dia kena ada buku log yang mana kita kena latih mana-mana pasukan. Mungkin saya akan latih pasukan, mana-mana pasukan.

Advertisements

“Sekurang-kurangnya saya dapat mengasah bakat sebagai jurulatih Insya Allah pada masa akan datang.

“Sambil saya menjadi warga Astro sebagai pundit, saya akan cuba buat kerja kejurulatihan sedikit,” katanya kepada MakanBola selepas Sidang Media Barisan Pakar Bola Sepak Astro (Liga Malaysia (Liga M) Musim 2024/2025) baru-baru ini.

Zaquan kini menjadi sebahagian daripada pakar bola sepak Astro untuk liputan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.

Advertisements

Beliau menyertai Mahali Jasuli, Safee Sali, Razman Roslan dan Norshahrul Idlan Talaha sebagai pakar bola sepak yang tidak asing dalam kalangan peminat bola sepak negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram