Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Penjaga gawang Sri Pahang FC, Zarif Irfan yang sebelum ini terpalit dengan sedikit insiden kekecohan selepas tamat perlawanan menentang Selangor FC mengakui kesilapannya dan memohon maaf.

Zarif telah memuatnaik satu instagram story yang memaparkan permohonan maaf terbuka beliau kepada semua penyokong bola sepak Malaysia terutamanya penyokong Sri Pahang dan Selangor.

“Salam kepada semua peminat bola sepak Malaysia terutama peminat Pahang dan Selangor. Tular kini di media sosial tentang isu saya dalam perlawanan tempoh hari. Dengan rendah hati tiada sikit pun niat saya menyinggung mana-mana peminat pasukan sama ada Pahang atau Selangor. Minta maaf jika ada tindakan saya yang menyinggung anda,” coret Zarif.

Advertisements

Zarif dalam masa yang sama mengakui tidak dapat menerima kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap keluarganya. Beliau berharap apa yang telah berlaku itu akan jadi pengajaran kepada beliau dan juga para peminat bola sepak Malaysia.

“Kata-kata kesat yang saya terima terhadap keluarga saya sangat tidak boleh diterima. Silakan memaki saya tapi minta tidak memasukkan keluarga saya ketika anda marah. Kita boleh jadi lebih baik di masa hadapan.

“Anggaplah segala perkara yang terjadi semalam sebagai pengajaran dalam hidup saya dan anda. Semoga perkara ini tidak berulang lagi,” luah Zarif lagi.

Advertisements
Zarif irfan mohon maaf Zarif Irfan Mohon Maaf, Ambil Pengajaran Atas Apa Yang Berlaku
Permohonan maaf dari Zarif Irfan. Kredit gambar: Instagram zarifirfan_22.

Dalam video yang tular di media sosial Tiktok itu, Zarif dilihat cuba pergi ke arah penyokong Selangor namun terpaksa dihalang oleh pemain-pemain Pahang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram