Zhang Linpeng Tak Sabar Pamer Taring Berdepan JDT
MakanBola
Shanghai Port

Pemain pertahanan Shanghai Port, Zhang Linpeng akui tidak sabar untuk membantu pasukan mencatat kemenangan dalam aksi pertama ACLE ketika berdepan wakil dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada esok.

Ketika sesi sidang media pra-perlawanan, pemain berusia 35 tahun ini akui teruja dapat beraksi di pentas tertinggi Asia. Beliau yakin rakan sepasukan yang lain juga ingin menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk membuktikan kemampuan sebenar.

“Perlawanan esok adalah cabaran baru bagi kita. Tahun ini kami di bawah kepimpinan ketua jurulatih, saya percaya semua orang telah melihat perubahan dan kemajuan dalam pasukan.”

Pemain berusia 35 tahun ini menyatakan bahawa pasukannya akan berusaha sebaik mungkin untuk mencatat keputusan positif dan menampilkan aksi bertenaga ketika berdepan JDT kelak.

“Pertandingan di peringkat Asia ini akan memperbaiki kualiti sesebuah pasukan pada tahap yang lebih tinggi. Saya mahu semua orang berada dalam keadaan terbaik untuk bermain dengan baik berdepan JDT esok,” ujar Zhang Linpeng.

Shanghai Port bakal melayan kunjungan JDT di Fudong Football Stadium pada esok, 18 September jam 8 malam.