Zul Fadli Rozi Bakal Pengurus Baharu Harimau Malaya?
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Pengarah sukan Terengganu FC, Zul Fadli Rozi dilaporkan bakal menggalas peranan sebagai pengurus skuad Harimau Malaya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi diumumkan sebagai pengurus pasukan.

Ad

Walau bagaimanapun, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom memaklumkan jawatan tersebut bakal diisi oleh Zul Fadli menggantikan Yusoff.

Ad

“Difahamkan Zul Fadli Rozi kini pengurus skuad kebangsaan menggantikan Datuk Yusof Mahadi yang pada asalnya dilantik untuk galas tanggungjawab tersebut,” katanya di X.

Zul Fadli bukan asing dengan peranan sebagai pengurus pasukan. Ini kerana beliau pernah menggalas peranan tersebut bersama Terengganu dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Ad

Zul Fadli bukan satu-satunya figura ternama dari peringkat kelab yang dilaporkan bakal menyertai revolusi Harimau Malaya.

Ad

Selain beliau, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley Bernard turut dilaporkan akan menyertai revolusi skuad kebangsaan. Khabar ini dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

Kelibat beliau dilihat bersama Zul Fadli, CEO Harimau Malaya, Rob Friend, Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Ayub, Tim Cahill dan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memantau sesi latihan pasukan itu baru-baru ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments