Advertising
10 Rekod Baru Tercipta Di Piala Asia 2023
MakanBola
Qatar FA
Sponsors

Sebanyak 10 rekod baru telah tercipta di Piala Asia 2023 yang melabuhkan tirainya pada 10 Februari dengan menyakasikan Qatar yang juga tuan rumah berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada edisi sebelum ini.

Qatar menjadi pasukan kelima yang berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Asia, selepas Korea Selatan (1956, 1960), Arab Saudi (1984, 1988), Jepun (2000, 2004), dan Iran (1968, 1972, 1976).

Ad

Qatar kini setanding dengan Korea Selatan dan hanya di belakang Arab Saudi dan Iran yang sudah merekodkan tiga gelaran dan Jepun (4 kali juara). Qatar berpeluang menyamai rekod Iran dan Arab Saudi jika berjaya memenangi Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Ad

Qatar juga merupakan satu-satunya pasukan yang memenangi ketiga-tiga anugerah individu iaitu Pemain Paling Berharga, Penjaring Terbanyak dan Penjaga Gol Terbaik, dalam dua kejohanan berturut-turut pada 2019 dan 2023.

Akram Afif dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Piala Asia 2023 dan Penjaring Gol Terbanyak, manakala Meshaal Barsham menerima penghormatan sebagai Penjaga Gol Terbaik kejohanan.

Ad

Pada Piala Asia edisi 2019, Almoez Ali memenangi dua anugerah yang sama dengan Afif, dan Saad Al-Sheeb pula dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik.

Ad

Selain itu, Qatar juga merupakan pasukan pertama yang dihadiahkan tiga penalti pada perlawanan akhir, menjadikan Akram Afif pemain pertama yang menjaringkan tiga gol penalti serta hatrik pada perlawanan akhir.

Ad

Akram Afif adalah pemain pertama yang mempunyai lebih 10 sumbangan gol dalam dua kejohanan Piala Asia. Pemain terbaik kejohaanan itu mempunyai 8 gol dan 3 bantuan gol pada edisi 2023 manakala pada 2019, beliau mencatatkan 1 gol dan 10 bantuan gol.

Dia menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada kedua-dua perlawanan akhir iaitu pada 2019 dan 2023.

Piala Asia 2023 menyaksikan jaringan penalti terbanyak dengan 20 gol dalam 51 perlawanan, purata 0.39 penalti setiap perlawanan. Rekod sebelum ini dipegang oleh kejohanan 2019 di UAE dengan 15 penalti.

Jumlah penonton Piala Asia 2023 di stadium ialah 1,509,496, menjadikannya kejohanan yang paling ramai dihadiri dalam sejarah dan memecahkan rekod Piala Asia 2004 China yang mengumpul kehadiran sebanyak 1.04 juta.

Sembilan stadium di Qatar juga mempunyai purata kadar kehadiran sebanyak 73% yang mana menyaksikan peningkatan 13% berbanding edisi 2004.

Perlawanan akhir antara Qatar dan Jordan merekodkan jumlah penonton tertinggi iaitu 86,492, manakala pembukaan antara Qatar dan Lubnan berada di tempat kedua iaitu seramai 82,490 penonton.

Perlawanan Piala Asia dengan kehadiran tertinggi dalam rekod adalah perlawanan akhir antara Iran dan Kuwait pada 1976, menarik 112,000 penonton.