AFC Asian Cup: Qatar Muncul Juara Tewaskan Jordan
Asia
Jordan Football Association
Advertisements

Qatar dinobat sebagai juara Piala Asia 2023 selepas berjaya menewaskan Jordan dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Al-Lusail hari ini.

Babak pertama perlawanan tamat dengan tuan rumah Qatar mendahului 1-0 dihadapan. Bintang sensasi Qatar, Akram Afif berjaya mencatat nama sebagai penjaring selepas memanfaatkan sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil.

Aksi separuh masa pertama tamat, Qatar 1-0 Jordan.

Advertisements

Bersambung aksi di babak kedua permainan, anak buah Hussein Ammouta terus mengatur serangan untuk mencari gol pertama pasukan.

Penjaga gol Qatar, Meshall Barsham beberapa kali diasak menerusi percubaan penyerang Jordan, Musa Tamari dan Ali Olwan.

Advertisements

Qatar juga beberapa kali cemas menerusi tandukan-tandukan berbahaya pertahanan Jordan seperti Yazan Al-Arab.

Pada minit ke-67 permainan, anak buah Bartolome Marqez terpaksa akur apabila Jordan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Yazan Al-Naimat. Percubaan kencang Yazan selepas menerima hantaran daripada Ehsan Haddad kembali memberi sinar buat Jordan.

Advertisements

Bagaimanapun, beberapa minit selepas itu tindakan Mahmoud AlMardi yang menghalang pemain Qatar di dalam kawasan kotak penalti telah dikesan pengadil sekaligus satu lagi sepakan penalti menjadi milik Qatar.

Akram Afif tenang menewaskan penjaga gol Jordan, Yazeed Abulaila untuk jaringan kedua Qatar.

Advertisements

Tak terhenti setakat itu, Akram Afif terus menjulang Qatar untuk gol ketiga sekali lagi menerusi sepakan penalti. Penjaga gol Jordan, Yazid Abulaila dipersalahkan kerana menghalang Akram Afif dan jaringan itu terus menutup tirai kejohanan Piala Asia 2023.

Qatar rangkul gelaran juara selepaskan tewaskan Jordan dengan keputusan 3-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram