Bintang ‘RM23 Juta’ Qatar Sedia Ranapkan Misi Jordan
Asia
AFC Asian Cup
Advertisements

Aksi final Piala Asia AFC 2023 antara pasukan Jordan Watar tertumpu kepada bintang sensasi, Akram Afif.

Pemain berusia 27 tahun itu merupakan antara watak penting buat skuad tuan rumah itu yang berjaya mara ke pentas akhir sekali lagi.

Juara bertahan itu turun dalam misi tersendiri untuk melakar kejuaraan berganda namun bakal berdepan halangan anak didik Husein Ammouta.

Advertisements

Pertemuan dua pasukan ini tertumpu kepada Akram Afif yang memiliki rekod jaringan memberangsangkan di Qatar.

Beliau ketika ini sudah meledak 5 gol dalam 6 penampilan selain melepaskan 16 percubaan, melakukan 3 bantuan gol dan 14 kali gelecekan menerusi data oleh laman AFC Asian Cup.

Pemain Al-Sadd ini akan dibantu oleh dua rakan sepasukan, Hasan Al-Haydos dan Almoez Ali masing-masing sudah menjaringkan dua gol.

Advertisements

Jordan tidak kurang hebatnya apabila bakal turun dengan gandingan berbisa seperti Mousa Al-Tamari, Yazan Al-Naimat dan juga Mahmoud Al-Mardi.

Aksi final Jordan vs Qatar akan berlangsung pada 10 Februari 2024 di Stadium Lousail, Qatar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram