Harimau Malaya

Tan Cheng Hoe Beri Peluang Pemain Baharu Hadapi China

Cheng Hoe Malaysia NT 5 Tan Cheng Hoe Beri Peluang Pemain Baharu Hadapi China
Malaysia NT
Advertisements

Jurulatih interim Malaysia, Tan Cheng Hoe memilih bersikap positif bila berdepan China tanpa ramai tonggak utama pada 14 November ini.

Sebelum ini, beliau memilih tidak memanggil pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kem kali ini susulan kekangan jadual padat termasuk Shopee Cup.

Ini disusuli dengan enam pemain Selangor FC pula terpaksa menarik diri akibat kecederaan. Pemain sayap Kuching City FC, Safawi Rasid pula terpaksa meninggalkan kem kerana urusan keluarga.

Meskipun tidak dapat menggunakan ramai tonggak dalam dua aksi antarabangsa termasuk menentang China, Cheng Hoe memilih untuk kekal positif.

Ini kerana pada hemat bekas jurulatih Police Tero itu, ini peluang buat pemain-pemain baharu memanfaatkan peluang beraksi di peringkat antarabangsa.

“Sudah tentu sebagai jurulatih, saya tak boleh gunakan alasan kita tak bawa pemain terbaik (untuk perlawanan ini). Tapi sebagai jurulatih, saya bersikap positif kerana itu membuka peluang kepada pemain-pemain lain beraksi dalam perlawanan-perlawanan antarabangsa.

“Saya fikir pada akhirnya, pemain-pemain baharu akan menunjukkan keazaman untuk beraksi cemerlang di peringkat antarabangsa.

“Perkara paling penting selepas perlawanan ialah para pemain dapat menimba pengalaman dan menambah keyakinan bila bersama skuad kebangsaan,” katanya dalam sidang media praperlawanan.

Malaysia berharap dapat mengulangi kejutan pada 2023. Aksi tahun tersebut menyaksikan skuad negara mengikat China 1-1.

Malaysia dan China bakal berentap di Stadium Zhaoqing New District Sports Center, Guangdong, China.