ACL2 · Perlawana Kedua
Kuching City
8:15 PM
MYT
Kitchee SC
15 October 2026
Stadium Taha Ariffin, Kuching
Bermula dalam —

Live: Kuching City vs Kitchee – ACL2

Saluran TV & live streaming rasmi

Kuching City vs Kitchee SC

Pratonton perlawanan

Tonto aksi Kuching City vs Kitchee SC dalam perlawanan kedua AFC Champions League Two (ACL2) secara langsung dari Stadium Taha Ariffin.

Perlawanan ini menjadi peluang buat skuad kendalian Aidil Sharin Sahak untuk memburu kemenangan pertama dalam kempen sulung mereka di pentas Asia selepas tewas 1-2 kepada Phnom Penh Crown dalam aksi pembukaan pada September lalu.

Kekalahan tersebut menyaksikan Kuching City masih belum mengutip sebarang mata dalam saingan Kumpulan H, sekali gus menjadikan pertemuan menentang Kitchee cukup penting buat The Cats untuk kembali bersaing merebut slot ke pusingan kalah mati.

Bagaimanapun, cabaran kali ini dijangka bukan mudah memandangkan Kitchee turut mempunyai misi tersendiri selepas memulakan kempen dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang wakil Korea Selatan, Gangwon FC.

Keputusan itu menyaksikan Kitchee membawa pulang satu mata daripada aksi pertama, sekali gus memberikan mereka kelebihan berbanding Kuching City yang masih mencari mata pertama dalam saingan peringkat kumpulan.

Dalam masa sama, aksi ini membawa makna tersendiri buat Kuching City apabila mereka berpeluang beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Taha Ariffin selepas venue berkenaan mendapat kelulusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk digunakan dalam saingan ACL2.

Sokongan penyokong di bumi Kenyalang diharapkan mampu menjadi pembakar semangat buat anak buah Aidil Sharin untuk menampilkan aksi lebih meyakinkan, terutama selepas gagal memperoleh keputusan yang diharapkan dalam perlawanan pembukaan.

Namun, Kuching City perlu berhati-hati dengan kemampuan Kitchee yang memiliki pengalaman beraksi di pentas bola sepak Asia, selain memastikan kelemahan yang membawa kepada kekalahan ketika menentang Phnom Penh Crown tidak berulang.

Justeru, pertemuan di Stadium Taha Ariffin ini menjadi peluang penting buat The Cats untuk membuktikan kemampuan mereka di pentas Asia, selain menghidupkan peluang memburu kedudukan dua teratas Kumpulan H bagi mara ke pusingan 16 terbaik.

Berita berkaitan