Tindakan gila penjaga gol Chinese Taipei Bawah 17 Tahun (B-17), Chang Yu-En menangkap bola di luar kotak penalti membawa padah kepada pasukan itu.
Selepas cuba mengeluarkan bola, penyerang Thailand B-17, Marlon Ramin Mueller menyedari dia berada di luar kotak penalti. Hal ini mendorong Mueller membuat rembatan ke arah gol.
Yu-En bertindak menyelamatkan bola tanpa menyedari dirinya berada di luar kotak. Hal ini menyebabkan pengadil tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada penjaga gol Chinese Taipei itu.
Situasi ini memaksa Chinese Taipei memasukkan Yang Cheng Han sebagai pengganti untuk mengawal gawang mereka.
Video insiden mengejutkan membabitkan Yu-En itu turut dikongsikan BG Sports di semua platform rasmi mereka. Aksi ini merupakan aksi kedua kelayakan Piala Asia B-17 Kumpulan B antara kedua-dua pasukan.
Kelebihan 11 pemain dimanfaatkan Thailand untuk membelasah Chinese Taipei 4-1 dalam aksi kedua Kumpulan B.
Situasi ini menyaksikan Thailand dan Chinese Taipei kini berkongsi tiga mata. Meskipun begitu, pasukan Asia Timur itu berada di tempat kedua menerusi kelebihan jaringan.


