Asia

Hajat Dion Cools & Cerezo Osaka Atasi Urawa Reds Tertangguh

Cools Cerezo Osaka 2 Hajat Dion Cools & Cerezo Osaka Atasi Urawa Reds Tertangguh
Cerezo Osaka FC
Advertisements

Pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools turun bagi perjuangan terakhir bersama Cerezo Osaka namun tunduk di tangan Urawa Reds, petang Rabu.

Tonggak berusia 30 tahun itu terus menjadi sandaran utama pasukan kendalian Pablo Machin untuk beraksi pada aksi suku akhir pertama, Piala Liga Jepun 26-27.

Beliau kini lebih kerap diturunkan pada posisi pertahanan tengah dalam sistem 3 bek Cerezo Osaka, dan sering juga melakukan larian-larian untuk membantu jentera tengah.

Aksi babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan bagi mendapatkan jaringan pembukaan. Peluang terbaik buat tuan rumah hadir pada minit ke-13 apabila percubaan penyerang berbisa, Harumi Minamino tipis melepasi atas palang gol.

Usaha berterusan itu bagaimanapun dikejutkan dengan serangan balas pantas oleh Cerezo Osaka. Peluang terbuka di hadapan gawang bagaimanapun tidak berjaya disudahkan oleh Lucas Fernandes pada minit ke-29.

Cools bagaimanapun dilayangkan kad kuning pada minit ke-42 permainan, susulan usaha kerasnya menghalang gerakan lawan yang

Perjuangan 45 minit pertama permainan menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan tanpa jaringan menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat berusaha keras bagi memastikan gawang gol tidak dibolosi selain berusaha mengatur serangan menerusi gerakan pada bahagian sayap.

Urawa Reds kendalian Jo Gwi-jae mendahului di depan pada minit ke-74 meneurusi ledakan Ueki Hayate untuk memberikan kegembiraan buat penyokong tuan rumah.

Hantaran jauh Cools berjaya mencari Thiago Andrade pada minit ke-85, namun pemain bertubuh sasa itu kehilangan bola di hadapan gawang gol Urawa Reds.

Tambahan masa enam minit menyaksikan Cerezo Osaka terus menekan pertahanan Urawa Reds bagi mendapatkan jaringan penyamaan, namun usaha keras tersebut tidak berhasil sebelum Urawa Reds menambah jaringan kedua menerusi Hiiro Komori pada minit ke-93.

Cools beraksi 90 minit pada perlawanan ini selain mencatatkan penilaian antara tertinggi dalam kalangan pertahanan Cerezo Osaka, terutamanya tonggak pertahanan.

Sebagai rekod, beliau telah beraksi sebanyak 16 perlawanan dalam semua kejohanan di Jepun musim ini, dengan 15 daripadanya bermula selaku kesebelasan utama Cerezo Osaka.

Aksi suku akhir kedua J League Cup 2026 dijadual berlangsung pada 15 November 2026 jam 2.00 petang (waktu Malaysia) di laman Cerezo sendiri, sekali gus memberi momentum tambahan kepada pasukan.