3 Pemain Jordan Jadi Tumpuan Lawan Qatar
Asia
AFC
Advertisements

Menjelang aksi final Piala Asia 2023 membabitkan Jordan dan Qatar malam ini, tiga pemain dilihat mampu memacu Jordan untuk mencipta kejutan malam ini.

Tiga pemain yang dimaksudkan ialah Yazan Al-Arab, Mousa Al Tamari dan Yazan Al-Naimat. Tiga nama ini disebut-sebut antara tonggak utama Jordan malam ini.

Piala Asia 2023 menyaksikan Yazan menjadi orang besi Jordan di bahagian pertahanan. Bergandingan bersama Abdullah Nasib di bek tengah, mereka memastikan Korea Selatan gagal menembusi gawang Jordan di pentas separuh akhir.

Advertisements

Persembahan mantap Yazan turut disokong dengan statistik sepanjang kejohanan. Dalam lima perlawanan, bekas bek tengah Selangor FC itu mengeluarkan bola sebanyak 29 kali dan memenangi perebutan bola sebanyak 27 kali.

Dengan ketinggian 1.86 meter, kelebihan fizikalnya mampu mencabar mana-mana penyerang. Bagaimanapun, dua penyerang Qatar iaitu Almoez Ali dan Akram Afif menjanjikan ujian lebih getir buat Yazan di pentas final.

Di bahagian sayap, kelibat Mousa bakal membuatkan pertahanan The Maroons gerun. Merupakan satu-satunya pemain Jordan yang beraksi di Eropah, beliau sudah merekodkan tiga gol dan satu bantuan gol dalam kejohanan.

Advertisements

Larian dan kelicikan Mousa bukan saja membuatkan pertahanan lawan tidak senang duduk. Malah, beliau juga rajin membantu di bahagian pertahanan.

Justeru, tidak hairanlah mengapa nama pemain sayap berusia 26 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool.

Selain Yazan Al-Arab, nama Yazan Al-Naimat juga tidak patut dilupakan. Ini kerana Yazan dan Mousa berkongsi status penjaring terbanyak Jordan dengan tiga gol.

Advertisements

Korea Selatan sudah merasai penangan pemain berusia 24 tahun itu. Yazan dua kali menembusi gawang mereka di peringkat Kumpulan E dan separuh akhir.

Yazan diketahui bijak menghidu peluang dan membuat larian tepat pada waktunya. Sekiranya pertahanan Qatar memberi banyak ruang kepada beliau, tidak mustahil Yazan bisa mengecewakan mereka.

Aksi final Piala Asia 2023 bakal berlangsung di Stadium Lusail pada jam 11.00 malam ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram