Liverpool Pantau Rapat Mousa Al-Tamari
Eropah
Liverpool/FA Jordan
Advertisements

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool FC memantau situasi penyerang berbisa Jordan, Mousa Al-Tamari.

Pemain berusia 26 tahun itu menikmati kempen yang cukup baik bersama pasukan kebangsaan selepas berjaya membawa pasukan ke pentas final di Qatar.

Beliau memainkan watak hebat tatkala jaringannya memastikan slot ke final dalam genggaman menewaskan Korea Selatan.

Advertisements

Menerusi beberapa laporan daripada media Eropah seperti Anfield Watch, ketua jurulatih The Reds, Jurgen Klopp telah lama memantau situasi Mousa Al-Tamari yang kini beraksi buat kelab Ligue 1, Montpellier FC.

Sungguhpun pengendali kelahiran Jerman itu tidak kekal membimbing pasukan, pihak pengurusan Liverpool sudah pasti sedang memantau masa depan Mo Salah yang berada dalam radar beberapa kelab Arab Saudi.

Beliau berhijrah ke Perancis selepas tiga musim beraksi di Belgium dan menjadi satu-satunya pemain kelahiran Jordan yang menembusi liga ‘top 5’ di Eropah.

Advertisements

Dengan nilai pasaran hanya 6 juta Euro (RM30.7 Juta) menurur laman Transfermarkt, kelab-kelab di Eropah sudah pasti memantau prestasi pemain yang sudah terlibat dengan 6 jaringan musim ini di Perancis.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram