Eropah

FIFA Bakal ‘Hukum’ Amerika Syarikat

US B 17 US Soccer FIFA Bakal 'Hukum' Amerika Syarikat
US Soccer
Advertisements

Amerika Syarikat (US) berpotensi dikenakan hukuman oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Wartawan sukan terkenal, Micky Jr melaporkan potensi itu timbul selepas negara itu menarik diri daripada saingan Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) 2026.

Keputusan itu dibuat susulan nasihat Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk kepada rakyat negara itu untuk tidak pergi ke Asia Barat terutama Qatar yang juga tuan rumah kejohanan.

Ini disebabkan kebimbangan konflik baharu timbul antara US dan Israel dengan Iran. Susulan itu, Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat (US Soccer) memilih menarik diri daripada Piala Dunia B-17.

Susulan itu, US Soccer akan diheret ke Jawatankuasa Disiplin FIFA untuk tindakan selanjutnya.

Jika didapati bersalah, badan induk bola sepak US itu bakal dikenakan hukuman termasuk denda sekurang-kurangnya CHF20,000 (RM98,000).

US berada dalam Kumpulan J bersama Algeria, Montenegro dan Chile. FIFA kini memutuskan sama ada menjemput negara ahli Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Carribean (CONCACAF) sebagai pengganti.

FIFA juga memiliki pilihan untuk menjadualkan semula perlawanan kumpulan tanpa memanggil pengganti. Piala Dunia B-17 bakal bermula pada 19 November ini.