100% Lokal, PJ City Tarik Perhatian Kim Pan-gon
Dunia
PJ City-FAM
Advertisements

Pasukan PJ City dilihat berjaya untuk menarik perhatian ketua jurulatih pasukan negara, Kim Pan-gon apabila beliau dilihat sering menghadiri perlawanan pasukan tersebut.

Kelibat jurulatih yang berasal dari Korea Selatan itu sudah beberapa kali berada dalam stadium di seluruh pelusuk untuk menyaksikan pemain-pemain yang mampu untuk memenuhi citarasanya.

Walau bagaimanapun, beliau yang sebelum ini dikesan menonton perlawanan yang melibatkan pasukan kendalian P. Maniam dengan lebih kerap.

Advertisements

Baru-baru ini, Pan-gon sekali lagi memunculkan diri dalam perlawanan Liga Super yang melibatkan pertembungan Negeri Sembilan dan juga PJ City.

Sugguhpun begitu, pada 9 April yang lalu, jurulatih berusia 52 tahun itu turut turun ke Kuantan bagi menyaksikan perlawanan antara Sri Pahang dan PJ City di sana.

Menurut penjelasan jurulatih berpengalaman, M. Karathu, situasi tersebut mungkin berlaku disebabkan PJ City mempertaruhkan kudrat pemain tempatan sahaja.

Advertisements

Namun begitu, ia tidak menggambarkan bahawa hanya pasukan itu sahaja yang berada dalam radar jurulatih tersebut.

‘Tapi tidak bermakna hanya perlawanan PJ City saja dipantau. Seseorang jurulatih mesti akan melihat semua perlawanan babitkan banyak pasukan juga.’

‘Cuma mungkin PJ City ada sebab-sebab seperti ramai pemain tempatan di situ. Jadi beliau (Pan-gon) akan melihat dan memantau adakah pemain itu benar-benar sesuai dengan corak permainan yang diterapkan.’

Advertisements

Beliau juga percaya bahawa Pan-gon akan turun beberapa kali untuk membuat penilaian penuh sebelum dipanggil ke kem latihan kebangsaan.

“Jurulatih tak boleh sekali saja tengok perlawanan, beliau mesti turun beberapa kali atau mungkin sampai 10 kali, baru boleh nilai kemampuan seseorang pemain,” katanya kepada Arena Metro.

Kim Pan-gon sudah pasti sedang mencari ramuan terbaik untuk membentuk pasukan yang ampuh di kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram