”20 Orang Je Dapat, Saya Tak Dapat Pun” – Khairul Helmi
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Selepas pengumuman yang dibuat oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman mengenai tunggakan gaji yang berjaya diselesaikan secara beransur, seorang bekas pemain Kelantan meluahkan rasa tidak puas hatinya.  

Pemain itu berusia 36 tahun, Khairul Helmi membuat kenyataan bahawa hanya 20 orang terawal sahaja yang mendapat pembayaran tunggakan daripada kelab. Ianya terhad, dan pada sesiapa yang lambat tidak akan dapat. 

Khairul Helmi mengakui beliau adalah salah seorang pemain yang tidak berada dalam 20 orang terawal tersebut. Beliau dikatakan perlu bersyukur dengan apa yang telah berikan. 

Advertisements

“Itupun 20 orang sahaja dapat, siapa cepat pulak tu, kena bersyukur pulak tu. Saya tidak dapat pun,” kata Khairul Helmi dipetik daripada Facebook miliknya.

Semalam, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham telah memasukkan wang pendahuluan sebanyak RM 1,000 kepada setiap pemain sempena menyambut Aidilfitri.

“Berkenaan tunggakan gaji 3 bulan, tetapi Alhamdulillah hari ini dapatlah saya masukkan sedikit RM1000 sebagai pendahuluan.”

Advertisements

“Ini usaha untuk menyelesaikan tunggakan 3 bulan gaji kerana esok nak raya. Itu sahaja selamat hari raya, maaf zahir dan batin,” katanya di laman Tiktok miliknya tempoh hari.

Untuk rekod, Khairul Helmi merupakan bekas pemain kebangsaan yang mempunyai pengalaman beraksi bersama Kedah dan juga Melaka United. Beliau menyertai Kelantan pada musim 2022. 

Kelantan FC difahamkan akan beraksi di Liga M3 pada musim baharu ini selepas mendapat peluang daripada Amateur Fooball League (AFL) untuk memeriahkan lagi 16 pasukan bagi saingan tersebut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram