Zamsaham: Tunggakan 3 Bulan Gaji, Alhamdulillah Dah Masukkan RM1000
Liga A1
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham lega apabila berjaya menyelesaikan tunggakan gaji secara beransur.

Beliau dalam satu kenyataan di laman sosialnya memberitahu bahawa pihaknya tidak lepas tangan untuk menyelesaikan masalah ini.

Katanya, beliau mengambil maklum tentang tunggakan gaji yang dialami oleh para pemainnya namun berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikannya.

Advertisements

Keadaan ini telah pun diketahui umum selepas sebilangan besar pemain utama pasukan telah pun angkat kaki untuk menyertai pasukan baru.

Antara usaha yang dilakukan oleh Zamsaham adalah memasukkan wang pendahuluan sebanyak RM1000 kepada setiap pemain.

Advertisements

“Berkenaan tunggakan gaji 3 bulan, tetapi Alhamdulillah hari ini dapatlah saya masukkan sedikit RM1000 sebagai pendahuluan.”

“Ini usaha untuk menyelesaikan tunggakan 3 bulan gaji kerana esok nak raya. Itu sahaja selamat hari raya, maaf zahir dan batin,” ujarnya dalam satu kenyataan dalam talian.

Advertisements

The Red Warriors juga mendapat nafas baru apabila difahamkan bakal beraksi di Liga A1 Semi Pro yang bakal bermula pada Jun 2024.

Video Penuh: Zamsaham Mula Selesaikan Tunggakan Gaji Kelantan FC

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram