Advertisement
Kelantan Terima Nafas Baru Di Liga Malaysia
Liga A1
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pasukan Pantai Timur, Kelantan FC menerima nafas baharu untuk terus beraksi di Liga Malaysia bagi musim 2024/25.

The Red Warriors mengharungi musim yang cukup sukar selepas tersingkir daripada saingan Liga Super 2023 selepas berada di tangga tercorot.

Beberapa watak utama juga sudah pun meninggalkan pasukan sekaligus menyaksikan rata-rata watak muda membarisi kesebelasan utama pasukan.

Hasrat untuk kekal beraksi di Liga Malaysia akhirnya menjadi kenyataan selepas Amateur Football League (AFL) memberi peluang kepada pasukan milik Norizam Tukiman untuk beraksi di Liga M3.

Liga itu kini dijenamakan sebagai Liga A1 Semi Pro dan bakal dimeriahkan dengan kehadiran 16 pasukan bagi musim baharu.

“16 pasukan secara rasminya telah mengambil bahagian iaitu Armed Forces FC, Harini Selangor FT, Imegresen FC, Malaysian University, Melaka FC, YPM FC, Manjung City FC, PIB Shah Alam FC.”

“Pasukan lain yang turut mengambil bahagian ialah Bukit Tambun FC, Machan FC, Gombak FA, Bunga Raya FC, KL Rovers, UiTM United, Kelantan FC dan Putrajaya Athletic FC,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah AFL 2024 secara dalam talian.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah AFL juga secara rasminya telah menerima penarikan diri tiga pasukan asal musim lalu iaitu SAINS FC, Perlis United FC dan Sarawak United FC.

Sepak mula saingan MBSB Bank Championship 2024/25 turut dianjakkan ke 1 Jun 2024 bagi memberi ruang kepada pasukan-pasukan untuk melakukan persediaan yang lebih rapi.

Di samping itu, AFL juga akan menjenamakan semula nama dan logo pertandingan dengan memperkenalkan Liga A1 Semi Pro sebagai nafas baharu kepada Liga M3, Liga A2 (dahulu dikenali sebagai Liga M4) dan Liga A3 Community (dahulu dikenali sebagai Liga M5).