FIFA Beri Hukuman Berat Kepada Kelantan
Liga M3
TRW Kelantan FC
Advertisements

Kelantan FC menjadi salah satu pasukan yang dikenakan sekatan perpindahan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini.

Ini berdasarkan kemas kini yang dibuat ASEAN Football berdasarkan data terkini daripada pangkalan data FIFA.

Semakan mendapati enam pasukan Liga Malaysia (Liga M) dikenakan sekatan perpindahan FIFA untuk musim 2024/25.

Advertisements

Enam pasukan tersebut ialah Kelantan FC, Perlis United FC, Sarawak United FC, Melaka United FC, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan KL City FC.

Walau bagaimanapun, KL City diisytiharkan bebas daripada sekatan FIFA. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan kelab itu telah melunaskan isu tunggakan gaji mereka pada 26 Mac lalu.

Ini menjadikan Liga M berkongsi kedudukan dengan Indonesia dan Thailand untuk pasukan paling banyak dikenakan hukuman oleh FIFA iaitu lima pasukan.

Advertisements

Semakan terkini mendapati Kelantan dikenakan sekatan perpindahan FIFA pada 8 Mac 2024. Sekatan tersebut hanya akan ditarik balik selepas isu kewangan yang dihadapi pasukan itu selesai.

Isu ini bukan saja menyebabkan Kelantan gagal mendapat Lesen Kebangsaan musim 2024/25. Malah, ini menyebabkan pasukan itu disingkirkan daripada Liga Super.

Dengan sekatan perpindahan masih berkuatkuasa, sukar bagi pasukan yang diberi jolokan The Red Warriors itu mendaftarkan pemain baru untuk Liga M3 musim 2024/25.

Advertisements

Ini menimbulkan persoalan sama ada pasukan itu mampu bersaing dalam Liga M3 atau tidak bila saingan liga membuka tirainya pada bulan depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram