FAM Sahkan KL City Bebas Daripada Hukuman FIFA
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Susulan pendedahan KL City menjadi sebahagian daripada enam pasukan yang dihukum FIFA, ramai penyokong bimbang kelab itu tidak boleh mendaftarkan pemain baru untuk musim 2024-2025.

Kini, penyokong boleh menghela nafas lega apabila mengetahui berita yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Beliau mendedahkan sekatan perpindahan yang dikenakan FIFA terhadap The City Boys telah ditarik balik menerusi pengesahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Advertisements

Ini selepas pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu sudah melunaskan semua tunggakan gaji mereka pada 26 Mac lalu.

“KL City bebas daripada sekatan perpindahan. FAM sudah menerima pengesahan daripada FIFA mengenai penarikan balik perintah larangan pendaftaran pemain terhadap kelab berkenaan seiring dengan komitmen kelab yang sudah melunaskan bayaran pada 26 Mac 2024,” katanya di X.

Pengumuman ini membolehkan KL City mendaftarkan pemain baru tanpa sebarang masalah untuk Liga Super musim 2024-2025.

Advertisements

KL City setakat ini telah mendapatkan S. Sharvin, Nick Swirad, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dan Brendan Gan menerusi perpindahan tetap.

Pasukan yang dibimbing jurulatih Croatia, Miroslav Kuljanac itu turut mendapatkan khidmat Ryan dan Declan Lambert secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram