FIFA ‘Gantung’ 6 Kelab Malaysia Daftar Pemain Baru, Tertinggi Di Asia Tenggara
Liga Super
MakanBola/FIFA
Advertisements

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menghalang 6 kelab Liga Malaysia daripada menandatangani pemain baharu bagi musim yang mendatang.

Perkara ini berdasarkan kemas kini daripada laman Asean Football berkenaan satu pengkalan data yamg baru diwujudkan oleh FIFA.

Kemas kini itu menyaksikan sebanyak 6 kelab Liga Malaysia berada dalam pantauan badan tersebut yang dilarang untuk mendaftarkan pemain baru bagi musim 2024/25.

Advertisements

Antara kelab yang disenarai pendek ialah Kedah Darul Aman, KL City, Kelantan FC, Perlis, Melaka dan Sarawak United.

Jumlah ini juga menyaksikan pasukan Liga Malaysia mencatatkan angka tertinggi di Asia Tenggara diikuti oleh kelab Indonesia dan Thailand masing-masing dengan 5 pasukan.

Kemas kini pengkalan data FIFA juga menunjukkan Kedah telah digantung sejak 4 Mac 2024, KL City (1 Feb 2024) dan Kelantan FC pada 8 Mac 2024.

Advertisements

Kedudukan ini menimbulkan tanda tanya terutamanya kepada KL City dan Kedah Darul Aman yang sudah pun mengumumkan kemasukan pemain baharu bagi musim 2024/25.

Sungguhpun begitu, menerusi satu perkongsian oleh Penaung KL City, YB Fahmi Fadzil, pihak kelab sudah pun melakukan pembayaran berkenaan tunggakan gaji pemain dan pegawai untuk memastikan kelancaran musim baharu.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan memberitahu bahawa pihak First Instance Body (FIB) mengambil maklum tentang proses pembayaran yang telah dilakukan oleh dua pasukan ini dan bakal mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Advertisements

“Kelab sedang berusaha untuk membuat pembayaran. Sekiranya terdapat perbezaan, itu perlu dinilai atas beberapa faktor. Kita perlu semak sama ada perkara itu dalam atau di luar kontrak.”

“MFL bakal meneliti dokumen yang diterima selari dengan maklumat yang dinyatakan,” ujar Stuart Ramalingam ketika ditemui di Dorsett Hotel baru-baru ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram