Masa Depan Brendan Gan Terjawab, Sertai KL City
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Teka-teki tentang haluan baru bekas kapten Selangor FC, Brendan Gan terjawab hari ini apabila beliau sah menyertai KL City FC.

Perpindahan tersebut diumumkan pengurusan The City Boys di platform media sosial rasmi mereka.

Pengumuman ini sekaligus menamatkan desas-desus tentang pasukan mana yang menjadi pilihan Brendan untuk musim 2024-2025.

Advertisements

Sebelum sah menyertai pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu, beliau sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Sri Pahang FC.

Kehadiran Brendan dijangka menambah pengalaman dan kepimpinan dalam skuad The City Boys yang dibimbing jurulatih Croatia, Miroslav Kuljanac.

Beliau telah merekodkan 79 penampilan, 13 gol dan 15 bantuan gol untuk Selangor mengikut data terkini Transfermarkt.

Advertisements

Brendan menjadi pemain terbaru KL City selepas Ryan dan Declan Lambert, Nick Swirad, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dan S. Sharvin.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram