Annuar Musa Cadang AFL Tambah Kuota Pemain Import
MakanBola
Kelantan City FC

Presiden Kelantan City FC, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan kuota pemain import saingan Liga A1 Semi-Pro ditambah dari tiga orang kepada lima orang.

Cadangan itu dilontarkan beliau menerusi satu hantaran di Facebook baru-baru ini. Annuar melihat pertambahan kuota tersebut dibuat dengan mengambil kira pertambahan kuota Liga Super yang dibuat Malaysia Football League (MFL).

Beliau melihat pertambahan bilangan kuota daripada tiga kepada lima pemain mampu meningkatkan daya saing setiap pasukan dalam liga berkenaan.

“Kalau MFL menaikkan kuota import kepada 15 orang,apa kata AFL (Amateur Football League) juga naikkan dari tiga kepada lima orang.Baru (pasukan-pasukan) boleh bersaing,” katanya.

Pasukan-pasukan Liga A1 dilihat sudah mula memberi cabaran kepada pasukan-pasukan Liga Super terutama dalam saingan Piala FA.

Kelantan City sudah membuktikan kewibawaan mereka dengan menyingkirkan Negeri Sembilan FC 4-3 secara agregat di peringkat pusingan 16 terbaik baru-baru ini.

Anak buah Alfredo Gonzalez dijangka bertemu naib juara Piala Malaysia musim lalu, Kuching City FC di peringkat suku akhir.