India mencipta kejutan dengan mengikat pasukan Amerika Tengah, Panama dalam aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung pada 25 September lalu.
Keputusan ini cukup signifikan kerana Panama bukan saja sebahagian daripada kelompok 50 pasukan terbaik dunia mengikut kedudukan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Malah, pasukan Amerika Tengah ini juga beraksi dalam saingan Piala Dunia 2026 yang diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pada musim panas lalu.
Pemain berdarah Inggeris-India, Ryan Williams menceriakan penyokong tuan rumah di Bengaluru dengan meledakkan gol pendahuluan pada separuh masa pertama.
Tersentak, Panama kembali memperkemaskan rentak. Pemain pertahanan New York Red Bulls, Omar Valencia menyelamatkan maruah pasukan itu dengan gol penyamaan pada babak kedua.
Perlawanan yang diadili pengadil Malaysia, Nazmi Nasaruddin itu kekal terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini dijangka memberi keyakinan kepada anak buah Khalid Jamal menjelang aksi menentang Brazil.
Anak buah Carlo Ancelotti berharap dapat meraih kemenangan dalam aksi persahabatan kedua mereka. Sebelum ini, mereka diikat 1-1 dengan Australia.