Skuad Harimau Malaya bakal mendapat suntikan tenaga baharu menerusi kehadiran dua pemain, A. Selvan dari Selangor dan Haziq Kutty dari Terengganu.
Kedua-dua pemain ini dilihat mempunyai potensi untuk membantu memperkuatkan skuad kebangsaan terutama dalam menghadapi cabaran perlawanan akan datang.
A. Selvan yang beraksi bersama Selangor dan Haziq Kutty dari Terengganu pastinya mahu mengambil peluang sekiranya diberi kepercayaan membuat penampilan pertama bersama skuad senior kebangsaan.
Kehadiran dua muka baharu ini juga mampu memberikan lebih banyak pilihan kepada ketua jurulatih dalam membentuk kesebelasan utama serta mengatur strategi permainan terutamanya bagi posisi sayap kanan & tengah bertahan.
Dalam masa sama, peluang untuk mewakili negara pastinya menjadi satu motivasi besar buat mereka untuk membuktikan kemampuan dan kualiti masing-masing.
Kedua-dua pemain tersebut turut mengumpul minit permainan yang banyak bersama pasukan masing-masing iaitu sebanyak 628 bagi A. Selvan dan 266 buat Haziq Kutty.
Statistik ini menunjukkan A. Selvan & Haziq Kutty merupakan antara tonggak penting bagi Selangor & Terengganu dalam kancah Liga Malaysia musim ini.
Penyokong Harimau Malaya juga pastinya mahu melihat wajah baharu diberi peluang untuk menyerlah dan membawa nafas segar kepada pasukan negara.
Skuad Harimau Malaya akan berkumpul untuk melapor diri pada Isnin, 9 November 2026 sebelum berlepas ke China pada Selasa, 10 November 2026.
Perlawanan pertama bertemu China pada Sabtu, 14 November 2026 akan berlangsung pada jam 8:00 malam dan perlawanan kedua menentang Yemen pada Selasa, 17 November 2026 dijadual pada jam 2:00 petang. Kedua-dua perlawanan di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre.


