Harimau Malaya

Safawi Rasid Kembali Terima Panggilan Harimau Malaya

Safawi Malaysia NT 3 Safawi Rasid Kembali Terima Panggilan Harimau Malaya
Malaysia NT
Advertisements

Penyerang Kuching City FC, Safawi Rasid kembali mendapat panggilan skuad Harimau Malaya untuk dua aksi antarabangsa pada November ini.

Ini berdasarkan senarai 24 pemain yang dipanggil jurulatih interim kebangsaan, Tan Cheng Hoe pada Selasa.

Kali terakhir Safawi beraksi bersama skuad negara ialah aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada Mac lalu.

Nama beliau kemudiannya tidak dipanggil untuk kempen ASEAN Hyundai Cup dan FIFA ASEAN Cup.

Kini, Safawi antara tujuh penyerang yang dibawa Cheng Hoe untuk dua aksi antarabangsa menentang China dan Yaman.

Sekiranya beliau diturunkan dalam dua perlawanan tersebut, Safawi berpeluang menambah catatan 71 penampilan di peringkat antarabangsa mengikut semakan Transfermarkt.

Selain bekas penyerang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) itu, Cheng Hoe turut memanggil Paulo Josue, G. Pavithran, Ramadhan Saifullah, Fergus Tierney, Richard Chin, A. Selvan dan Romel Morales.