Aksi FIFA ASEAN Cup antara Indonesia dan Bangladesh terus diselubungi kontroversi meskipun kejohanan bakal melabuhkan tirainya menerusi aksi final dan penentuan tempat ketiga.
Selepas isu masa tambahan, timbul dakwaan pemain Bangladesh sengaja membiarkan pemain tuan rumah menjaringkan gol pada minit-minit akhir permainan.
Dakwaan itu dibuat seorang pengguna Facebook bernama Cahaya Kebenaran. Dia mendakwa pemain-pemain Bangladesh tidak memberi sebarang tekanan kepada pemain Indonesia sebelum mereka menjaringkan gol.
Cahaya Kebenaran turut memuat naik satu video yang menunjukkan seorang pemain Bengal Tigers memilih bercekak pinggang ketika Indonesia menjaringkan gol pada separuh masa pertama.
Perlawanan tersebut kemudiannya berkesudahan dengan kemenangan 9-2 buat Indonesia. Indonesia layak ke final FIFA ASEAN Cup selaku juara Kumpulan A.
Kontroversi terbaru ini dijangka menambah lagi rencah aksi final yang menemukan Tim Garuda dan pasukan terbaik ASEAN, Thailand.
Sebelum ini, jurulatih Bangladesh, Thomas Dooley juga merasa hairan berhubung isu masa tambahan tersebut. Malah, hal ini turut mendorong Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendesak satu penjelasan rasmi dibuat berhubung perkara itu.