ACL

ACL2: Persib Bandung Bangkit ‘Baham’ Melbourne Victory

Haye Melbourne Victory Persib Bandung ACL2: Persib Bandung Bangkit 'Baham' Melbourne Victory
Persib Bandung
Advertisements

Persib Bandung bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan wakil Australia, Melbourne Victory di Stadium Rectangular Melbourne.

Persib tahu jika mereka berjaya meraih keputusan positif di Australia, mereka berpotensi menempah tiket pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) lebih awal.

Melbourne Victory pula mahu memadamkan rekod kebal Persib di pentas ACL2. Ini kerana Persib masih belum tewas dalam Kumpulan E setakat ini.

Cita-cita itu seakan menjadi kenyataan apabila tuan rumah mendahului menerusi gol sendiri Julio Cesar pada minit ke-71.

Meskipun begitu, Persib kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi Luka Menalo pada minit ke-85.

Balsa Sekulic memastikan kelab Indonesia itu meraih tiga mata penuh menerusi gol pada minit ke-90. Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sekulic menjadi pemain terbaik perlawanan pilihan Sofascore dengan markah 7.7. Ini disebabkan sumbangannya sebagai penjaring gol kemenangan Persib.

Persib kini menerajui Kumpulan E dengan 12 mata. Melbourne Victory pula masih di tangga kedua dengan empat mata.