Piala Asia 2027 bakal menyaksikan tiga pegawai perlawanan Malaysia hadir untuk mengadili perlawanan kejohanan itu.
Tiga pegawai berkenaan ialah pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin dan dua pembantu pengadil, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohamad Mu’azi Zainal Abidin.
Perkara ini diumumkan FAM menerusi satu kenyataan di laman media sosial rasmi mereka hari ini.
Mereka merupakan sebahagian daripada 76 orang pegawai perlawanan yang dilantik AFC bagi mengadili perlawanan kejohanan yang akan bermula dari 7 Januari hingga 5 Februari 2027.
Sebelum ini, pada edisi 2023, Nazmi mencipta sejarah sebagai pegawai VAR pertama Malaysia di kejohanan antarabangsa.
Ini selepas beliau telah menjalani latihan sebagai pengendali VAR di Riyadh, Arab Saudi selama sembilan hari pada Ogos 2023.
Pengalaman sebagai pegawai dalam Piala Asia 2027 mampu membantu peluang mereka bertiga terpilih dalam senarai pengadil yang akan ke Piala Dunia 2030.