Asia

Bahrain ‘Bantai’ Yemen, Peluang Malaysia Cerah

Yaman Bahrain NT Bahrain ‘Bantai’ Yemen, Peluang Malaysia Cerah
Bahrain NT
Advertisements

Malaysia memiliki peluang cerah apabila turun menentang Yemen dalam aksi persahabatan antarabangsa kedua nanti.

Ini kerana pasukan Asia Barat itu tewas kepada negara serantau, Bahrain dalam aksi persahabatan pertama di China pada Sabtu.

Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza. Anak buah Felix Sanchez berharap dapat membalas dendam kekalahan di tangan lawan sama dalam peringkat kumpulan Arabian Gulf Cup.

Yemen pula berharap dapat merekodkan kemenangan ke atas Bahrain buat kali kedua di peringkat antarabangsa.

Bahrain seakan berpotensi mengalami mimpi buruk buat kali kedua apabila Yemen mendahului menerusi Abdul Majeed Sabarah pada minit ke-21.

Abdulla Yusuf Helal menyumbat gol penyamaan pada minit ke-35. Kumail Al Aswad memastikan Bahrain mendahului 2-1 sehingga rehat menerusi gol pada minit ke-46.

Mohamed Marhoon memastikan kemenangan milik anak buah Sanchez dengan gol pada minit ke-72. Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Yemen berharap dapat bangkit semula bila bertemu Harimau Malaya untuk aksi persahabatan antarabangsa kedua pada 17 November ini.