Asia

Jepun Malukan Brazil

Brazil Jepun Japan FA Jepun Malukan Brazil
Japan FA

Aksi persahabatan Tier 1 menyaksikan Jepun berjaya mengejutkan pasukan keenam dunia, Brazil.

Advertisement

Beraksi di Stadium Nasional Singapura, pasukan kendalian Hajime Moriyasu tampil dengan barisan terbaik diketuai oleh kapten pasukan, Ritsu Doan pada posisi serangan.

Sambil itu, Brazil bimbingan Carlo Ancelotti tetap turun dengan skuad terkuatnya termasuklah mempertaruhkan trio serangan iaitu Estevao, Raphinha dan juga Vinicius Jr.

Pertarungan sengit berlangsung pada babak pertama yang menyaksikan kedua-dua pasukan melakukan serangan bagi mendapatkan jaringan pembukaan perlawanan.

Jepun mendahului permainan memasuki minit ke-15 permainan apabila penyerang handalan, Takefusa Kubo bijak mencari ruang untuk menerima hantaran rakan sepasukan, Ritsu Doan. Beliau kemudiannya melepaskan rembatan kencang ke penjuru kanan gawang, menewaskan penjaga gol Brazil, Pedro Morisco.

Derita terus melanda skuad kendalian Carlo Ancelotti apabila gerakan dari sisi kanan padang sekali lagi memerangkap pasukan. Pertahanan kanan, Shuto Nakano melakukan hantaran ke dalam kotak penalti sebelum Keito Nakamura memastikan jaringan kedua buat Jepun, empat minit berselang.

Tekanan yang diberikan jentera tengah Brazil membawa kepada jaringan pertama pasukan selepas Bruno Guimaraes bijak mencari gerakan Vinicius sebelum tonggak Real Madrid itu menyudahkan peluang tersebut, menewaskan Bruno Suzuki pada minit ke-33.

Aksi separuh masa pertama tamat dengan kelebihan milik Jepun 2-1, menuju ke bilik persalinan.

Memasuki babak kedua permainan, Jepun terus menghambat kedudukan bagi memastikan pasukan Amerika Selatan itu berjaya menyamakan kedudukan.

Usaha itu akhirnya membuahkan hasil apabila Brazil berjaya menyamakan kedudukan menerusi Vinicius Jr pada minit ke-75.

Tatkala perlawanan dijangka tamat dengan keputusan seri, Tatsuhiro Sakamoto menjaringkan gol kemenangan pada babak kecederaan untuk memastikan kemenangan 3-2.

Tambahan masa enam minit perlawanan tidak cukup untuk mengubah cerita kedua-dua pasukan apabila keputusan kekal hingga wisel penamat dibunyikan untuk menang 3-2.

Aksi seterusnya menyaksikan Jepun bakal menerima tentangan Paraguay pada 17 November jam 9.10 malam (waktu Malaysia) manakala Brazil akan berdepan tuan rumah, Singapura pada hari sama jam 6.00 petang.