JDT II menundukkan AAK Unisel dengan keputusan 3-1 dalam aksi ke-2 Liga A1 2026-27 di Stadium Utama Kuala Selangor pada Ahad.
JDT II membariskan kesebelasan utama yang mantap untuk menumbangkan AAK Unisel seperti Sumareh & Danish Hakimi.
Sementara itu, AAK Unisel menurunkan A. Azeem di benteng terakhir dan Fa’es Hafize di posisi penyerang bagi menerjah jaring pasukan Harimau Selatan.
Harimau Selatan berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-2 menerusi pemain sensasi, Syukur Fariz sekali gus memberikan kegembiraan kepada kem pasukan beliau.
Setakat ini, ia merupakan jaringan ketiga beliau dalam saingan Liga A1 selepas 2 gol dalam aksi pembukaan ketika menentang USM pada 28 Ogos lalu.
AAK Unisel turut melakukan percubaan berbahaya menerusi ayam tambatan kelab tersebut namun percubaan beliau gagal menepati sasaran gawang Harimau Selatan.
Akhirnya, Daniel Iman menghadiahkan gol pembukaan buat AAK Unisel selepas menerima umpanan menarik dari rakan sepasukan pada minit ke-33.
Memasuki minit ke-40, kedudukan masih terikat 1-1 bagi kedua-dua pasukan.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan terikat 1-1 bagi kedua-dua kelab.
Bersambung babak kedua, JDT II terus melancarkan serangan berbahaya bagi mencari gol tambahan aksi selepas menjaringkan satu gol pada babak pertama.
JDT II meningkatkan intensiti permainan dalam tempoh 10 minit berikutnya bagi mencari gol penyamaan sehingga usaha mereka membuahkan hasil menerusi Alif Ahmad pada minit ke-57.
Syukur Fariz berjaya meledak gawang AAK Unisel buat kali kedua sekali gus menyamai rekod jaringan beliau ketika bertemu USM tempoh hari. Jaringan tersebut kekal sehingga tamat aksi meskipun lawan tampak saling berbalas serangan pada babak akhir.
Aksi di Stadium Utama Kuala Selangor tamat dengan keputusan 3-1 memihak pasukan pelawat, JDT II.