Harimau Malaya

Harimau Malaya Kempunan Lihat Bintang Kembali Kali Kedua

Malaysia Harimau Malaya 3 1 Harimau Malaya Kempunan Lihat Bintang Kembali Kali Kedua
Malaysia NT
Advertisements

Harimau Malaya dijangka terlepas khidmat bintang utama pasukan buat kali kedua.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe cemerlang beraksi pada kempen FIFA ASEAN Cup 2026 dengan mengakhiri saingan pada kedudukan ketiga keseluruhan.

Lebih manis, pasukan kebangsaan juga berjaya menamatkan penantian lebih 12 tahun untuk mencipta kejayaan ke atas Vietnam menerusi kemenangan 1-0 pada aksi Penentuan Tempat Ketiga.

Walau bagaimanapun, Harimau Malaya pada ketika itu terlepas khidmat jeneral tengah naturalisasi negara, Sergio Aguero yang terpaksa dikeluarkan saat akhir pada senarai 23 pemain ke kem latihan pusat ekoran kecederaan.

Tonggak PSM Makassar di Indonesia itu merupakan nadi utama buat pasukan kebangsaan pada kempen Piala Hyundai ASEAN 2026 dan membantu pasukan untuk mara ke pentas separuh akhir kejohanan.

Namun begitu, laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan bahawa Aguero berkemungkinan besar akan terlepas panggilan ke kem kebangsaan pada November ini.

“Kempunan kali kedua, difahamkan Sergio Aguero dapat call up skuad Harimau Malaya untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang China dan Yemen di Guangzhou, namun terpaksa lupakan akibat kecederaan lutut,” ujarnya di laman X.

Harimau Malaya bakal beraksi dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 pada November ini, dengan perlawanan pertama menentang China pada 14 November jam 8.00 malam waktu Malaysia disusuli aksi berdepan Yemen pada 17 November jam 2.00 petang.

Kedua-dua aksi dijadual berlangsung di Stadium Tianhe, Guangzhou, China dalam misi Harimau Malaya memperbaiki kedudukan tangga ke-133 dunia.