Fasa kedua Piala Dunia B-15 menyaksikan Malaysia menjadi satu-satunya wakil ASEAN yang layak ke Tier B.
Hal ini berdasarkan semakan kedudukan akhir semua wakil ASEAN yang beraksi dalam kejohanan itu di peringkat kumpulan.
Status Malaysia sebagai naib juara Kumpulan H memastikan pasukan itu layak ke Tier B. Tier B menentukan pasukan yang akan meraih kedudukan dari tempat ke-33 hingga 64.
Indonesia, Thailand dan Vietnam pula layak ke Tier C. Tier C ialah penentuan kedudukan dari tempat ke-65 hingga 96.
Myanmar dan Filipina pula akan bersaing dalam Tier D. Tier D menentukan kedudukan dari tempat ke-97 hingga 128,
Laos dan Singapura akan berentap dalam Tier E. Tier E ialah fasa di mana pasukan-pasukan berentap merebut tempat dari kedudukan ke-129 hingga 160.
Lebih menarik, Malaysia juga menamatkan kempen kumpulan dengan 10 mata. Selain meraih tiga kemenangan, anak buah P. Maniam juga hanya tewas sekali dan seri sekali dalam Kumpulan H.
Malaysia muncul naib juara selepas tewas tipis 1-0 kepada juara kumpulan, Mexico.

