Skuad muda Malaysia mempamerkan semangat juang tinggi apabila mengikat Hungary dalam aksi terbaru Kumpulan H Piala Dunia B-15.
Selepas meraih tiga kemenangan dalam kumpulan setakat ini, anak buah P. Maniam semakin bersemangat untuk memburu kemenangan keempat.
Ini ditambah dengan keputusan positif di peringkat kumpulan akan meletakkan Malaysia di kedudukan baik dalam fasa kedua kejohanan.
Sebaik perlawanan bermula, anak buah Maniam memberi tentangan sengit kepada skuad muda Hungary di Hovsan Competition Complex, Baku, Azerbaijan.
Meskipun ketinggalan pada separuh masa kedua, skuad muda negara tidak patah semangat. Malah, Malaysia bangkit meraih gol penyamaan pada awal separuh masa kedua.
Hal ini menyaksikan anak buah Maniam masih belum tewas dalam Kumpulan H. Kini, fokus Malaysia ialah aksi terakhir kumpulan menentang Mexico pada jam 10.15 malam ini.

