Harimau Malaya

Piala Dunia B-15: Malaysia Benam Syria Penuh Garang

Malaysia B 15 Malaysia NT 1 Piala Dunia B-15: Malaysia Benam Syria Penuh Garang
Malaysia National Team
Advertisements

Malaysia meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Piala Dunia Bawah 15 Tahun (B-15) apabila menewaskan wakil Asia Barat, Syria.

Selepas meraih kemenangan sulung dalam Kumpulan H dengan menewaskan Dominica, anak buah P. Maniam semakin bersemangat mengekalkan rentak positif.

Malaysia sedar keputusan positif meletakkan mereka pada kedudukan baik untuk untuk bersaing di peringkat kedua (fasa kejohanan).

ASEAN Football melaporkan Malaysia tidak berdepan masalah menewaskan Syria 3-1. Dua lagi pasukan ASEAN, Thailand dan Laos mengalami nasib berbeza.

Thailand kecundang 3-2 kepada Slovakia dalam Kumpulan M. Laos pula mencipta kejutan dengan mengikat Bahrain 1-1.

Perjuangan skuad muda Malaysia dalam Kumpulan H diteruskan dengan perlawanan menentang Ethiopia pula pada jam 7.45 malam ini.