Harimau Malaya

Piala Dunia B-15: Malaysia Tewas Tipis Di Tangan Mexico

malaysia u15 yellow Piala Dunia B-15: Malaysia Tewas Tipis Di Tangan Mexico
Malaysia NT / FA Malaysia
Advertisements

Hasrat Malaysia menamatkan kempen Kumpulan H Piala Dunia B-15 tanpa sebarang kekalahan musnah apabila tewas kepada Mexico.

Selepas berjaya mengikat Hungary 1-1 dalam aksi sebelumnya, Malaysia memastikan slot naib juara kumpulan menjadi milik mereka.

Kini, jika anak buah P. Maniam berupaya mencipta kejutan ke atas Mexico, skuad muda negara berpeluang mara ke Tier B kejohanan selaku juara kumpulan.

Sebaik perlawanan bermula, Malaysia cuba memberi tentangan kepada Mexico. Meskipun begitu, skuad muda Mexico dilihat lebih kemas dari segi kawalan bola dan memiliki kelebihan fizikal.

Dua kelebihan itu membantu Mexico meraih gol pendahuluan pada minit ke-17. Malaysia cuba bangkit tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Meskipun tewas, perjuangan Malaysia dalam Piala Dunia B-15 belum berakhir. Kedudukan skuad muda negara yang baik selaku naib juara Kumpulan H bakal memberi kelebihan apabila memasuki Tier B kejohanan.