Harimau Malaya

Piala Dunia B-15: Malaysia Jumpa Afrika Selatan

malaysia u15 black Piala Dunia B-15: Malaysia Jumpa Afrika Selatan
Malaysia NT / FA Malaysia
Advertisements

Malaysia bakal berdepan Afrika Selatan dalam aksi pusingan 32 Tier B Piala Dunia Bawah 15 Tahun (B-15) 2026.

Ini berdasarkan keputusan undian dan kemas kini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk semua pasukan yang berada dalam Tier A, Tier B, Tier C, Tier D, Tier E dan Tier F.

Afrika Selatan dijangka memberi saingan sengit kepada anak buah P. Maniam. Ini kerana pasukan itu berjaya mengatasi cabaran Perancis dan Kosovo untuk muncul naib juara Kumpulan A.

Walaupun berkongsi 10 mata dengan skuad muda Les Bleus, Afrika Selatan meraih tempat kedua atas faktor kelebihan jaringan.

Justeru, jentera serangan pasukan Afrika itu bakal menjanjikan ujian hebat buat skuad muda negara.

Sekiranya berjaya melepasi cabaran Afrika Selatan, anak buah Maniam bakal berdepan sama ada Portugal atau Jamaica di pusingan berikutnya.

Malaysia dan Afrika Selatan akan berentap di Padang 8A, Hovsan Competition Complex pada 28 Oktober ini, jam 8.45 malam waktu Malaysia.