FIFA ASEAN Cup: Singapura Menang Tipis Ke Atas Bangladesh
MakanBola
Bangladesh FF

Singapura mencatatkan kemenangan pertama dalam saingan FIFA ASEAN Cup selepas menumpaskan Bangladesh pada Isni .

Kemenangan tipis 1-0 berjaya dilakar oleh Singapura ke atas Bangladesh dalam aksi kedua, sekali gus menjadi penebus hampa selepas anak didik Gavin Lee ini tumpas di tanga Indonesia pada perlawanan pertama lalu.

Barisan utama menjadi sandaran Singapura pada pertembungan ini dengan pemain-pemain seperti Hariss Harun dan Ilhan Fandi diturunkan manakala Bangladesh diketuai oleh tonggak Sheffield United, Hamza Choudhury di jentera tengah.

Gawang Bangladesh bocor seawal minit ke-31 menerusi sentuhan berbisa tonggak tengah, Harhys Stewart untuk meletakkan Singapura di hadapan 1-0, dan iaringan tersebut kekal sehingga kedua-dua pasukan memasuki bilik persalinan.

Babak kedua menyaksikan usaha demi usaha diatur oleh Singapura serta Bangladesh, namun ketumpulan jentera serangan membuatkan kedua-dua negara buntu untuk menambah jaringan sekali gus menamatkan perlawanan dengan keputusan 1-0.

Kejayaan ini meletakkan Singapura di tangga ketiga dengan Malaysia bakal menjadi lawan terakhir pada 1 Oktober hadapan manakala Bangladesh pula terlepas peluang ke final akan menentang tuan rumah, Indonesia pada hari yang sama